Sudah-Sudah lah Husam

Sehari di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menyaksikan Persidangan Dun yang ke 12, bagi penggal kedua selama dua hari bermula hari ini (23.12.09), cukup memboringkan.

Lebih menarik lagi, pelbagai karenah dan drama cuba ditayangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), bagi menggelak daripada menjawab soalan yang dikemukakan. Tidak kurang juga wakil rakyat yang ingin tunjuk hebat, banyak bertanya, sehingga soalan bodoh pun turut diajukan.

Lebih-lebih lagi, Adun Limbongan yang cukup "poyo" bertanya soalan, manakala Adun Jelawat pula tanya soalan tak relevan. Aku ingat lagi pada persidangan penggal pertama dulu, Adun Jelawat mencadangkan suapaya kereta kabell diwujudkan di Gunong Bachok, bagi memajukan sektor pelancongan.

Alahai bodohnya soalan...apa yang ada kat kawasan itu, nak lihat Gunong yang semakin rakus ditarah boleh lah...tak pe lah kita lupakan yang itu.

Apa yang menariknya perhatian sepanjang persidangan itu, ialah mengenai Adun Salor, Datuk Husam Musa, apabila ditanya mengenai tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk merangsang ekonomi negeri terutamanya membantu penduduk miskin ketika negara dilandan kemelut ekonomi....beliau cuba lari daripada menjawab persoalan itu.

Katanya, ransangan ekonomi yang dijalankan Kerajaan Pusat, tidak memberi nikmat kepada Kelantan. Persoalannya mengapa hendak persalahkan Kerajaan Pusat. Katanya lagi Kerajaan Pusat tidak membantu rakyat miskin.

Habis tu mengapa tanggung jawab itu beliau tidak pikul, kerana beliau sudah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, Tunaikan lah tanggung jawab, jangan hanya nak salahkan orang je kalau kita tak buat kerja.

Kepada "Musam Musa" (Husam Musa), Lu Fikirlah Sendiri, jangan dok salahkan orang, kau jawablah di akhirat nanti, di sana kau tak boleh nak tipu lagi. Sekarang ok ler....

Comments

Anonymous said…
mujur aku off semlm..jadi aku xdgr..hebat ko membantai..tp relx la, ada santai...
Semut Politik said…
kita bercakap yang benar sahabat...