Selamat Tinggal Pakatan


Selamat tinggal Kerajaan Pakatan.....dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana berjaya menubuhkan kembali Kerajaan Negeri di Perak.


1. Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana berjaya mematahkan segala taktik jahat pembangkang bagi membolehkan BN terus menguasai Perak.


2. Kejayaan BN ini adalah hasil daripada kesilapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memulakan taktik kotor, cuba memancing Ahli Parlimen BN bagi membentuk Kerajaan Persektuan baru di negara ini.


3. Ancaman daripada Anwar membuatkan BN tidak boleh tunggu lama dan terpaksa membuktikan keupayaan mereka, bahawa BN masih ampuh. Apa yang berlaku ini adalah berpunca daripada Anwar.


4. Datuk Seri Nizar Jamaluddin perlu menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka, ini lah dunia politik, jika kita merasakan kita hebat, kita perlu ingat ada lagi orang yang lebih hebat daripada kita.


5. Ahli Wakil Rakyat BN perlu lebih matang, diharapkan dengan tertubuhnya kerajaan baru segala masalah dalaman Umno dan BN di Perak akan selesai.


6. Kerajaan BN yang baru di Perak perlu bijak, bijak menangani segala masalah dan memenangi kembali hati rakyat supaya BN terus kekal berkuasa di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.


7. Jangan persiakan peluang yang hadir ini, kerana jika tersilap langkah Kerajaan Negeri Perak akan kembali kepangkuan Pas mahupun PKR ataupun DAP dimasa akan datang.


8. Kejatuhan Kerajaan Pakatan ini adalah satu tamparan hebat buat Anwar yang kononnya sebelum ini sedang menanti Ahli Parlimen BN melompat bagi membentuk kerajaan baru. Ternyata apa yang digembar-gemburkan Anwar sebelum ini adalah omongan kosong sahaja.


9. Bagi rakyat, sekarang mereka sudah dapat menilai akan kemampuan Anwar, ternyata, Anwar bukan pemimpin yang berjaya membawa perubahan kepada rakyat kerana kepemimpinan beliau sendiri tidak diyakini oleh anak buahnya.

Comments