Rakyat Usah Buat Silap Lagi




Sekiranya berlaku pengosongan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Lanjan, ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Elizabeth Wong, meletak jawatan setelah beliau berdepan dengan skandal moral.

Pengosongan kerusi itu akan menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kawasan itu serentak dengan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

Bagi Parlimen Bukit Gantang, pilihan raya kecil berlaku setelah penyandang kerusi itu Roslan Shahrum daripada Pas meninggal dunia. Manakala bagi Dun Bukit Selambau, berlaku kekosongan setelah V.Arumugan melepaskan jawatan terbabit.

Daripada tiga kekosongan terbabit, dua daripadanya adalah disebabkan oleh salah laku pemimpin terbabit yang membawa kepada perletakan jawatan beliau. Ini lah padah sekiranya memilih pemimpin tanpa melihat kepada kewibawaan.

Cuba fikirkan dalam tempoh tidak sampai setahun selepas Pilihan Raya Umum ke 12, tiga pilihan raya terpaksa diadakan, ini tidak termasuk dua pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Apabila berlakunya pilihan raya, maka wang rakyat dengan banyak akan mengalir lagi, ini lah yang merugikan rakyat. Duit yang sepatutnya dibelanjakan bagi tujuan pembangunan kepada rakyat, terpaksa digunakan untuk pilihan raya ekoran salah laku pemimpin.

Kali ini, rakyat di tiga bukit berkenaan, perlu berfikir secara waras dalam usaha memilih pemimpin mereka. Jangan memilih pemimpin mengikut emosi dan kebencian kerana kelak merugikan.

Pilihlah pemimpin yang benar-benar pemimpin, pemimpin yang mampu memimpin dan membantu dikala perlu, bukannya pemimpin rendah nilai moralnya dan rosak akhlaknya...fikirkanlah.

Comments

Anonymous said…
ya..kalu aku mewakili akyat malaysia, utk satu undi..aku boleh pilih pemimpin yang tak rendah moral, tak korup, rosak akhlak..amacam, ada brani..satu undi..