Persidangan Dewan undangan Negeri (Dun) Kelantan yang ke 12 bagi penggal kedua tahun ini berakhir hambar pagi tadi (24.02.09), apabila tiada perkara baru yang boleh dijadikan buah tangan buat rakyat negeri Kelantan.
Persidangan yang bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 pagi itu, berjalan dengan suasana yang tidak mendapat sambutan, tidak ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengambil bahagian untuk bertanyakan soalan.
Cuma yang kerap bertanya soalan hanyalah dua tiga Adun sahaja, iaitu Adun Limbongan, Gual Periuk dan Kemuning. Namun apabila terlalu banyak tanya, sehinggakan apa yang tak sepatutnya disoal dalam dewan yang mulia juga turut dikemukakan.
Begitulah hebatnya wakil rakyat di Kelantan, namun ada juga exco yang menjalankan amanah mereka dengan baik, apabila menjawab kesemua soalan dengan jelas dan sempurna seperti Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Adun tidak kira daripada Pas mahupun BN dengan sempurna dan jelas tanpa ada sikap prejudis ataupun "sinis" untuk menyindir mereka yang bertanya.
Berbeza dengan pemimpin yang "bodoh sombong" seperti Adun Salor, Datuk Husam Musa, tidak menjawab soalan yang dikemukakan dengan sempurna, malah cuba lari daripada untuk memberi jawapan yang nyata.
Contohnya, apabila Datuk Norzahidi Omar (BN-Pengakalan Kubor), meminta beliau menyatakan jumlah peruntukkan diberikan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beliau berkata itu tidak perlu diumumkan kerana dua kerajaan ini adalah berkhidmat untuk rakyat dan menggunakan duit rakyat.
Betul, tetapi mengapa tidak nyatakan terlebih dahulu angkanya sebelum mengeluarkan kenyataan demikian, kerana pemerhati ingin tahu jumlahnya itu duit rakyat, apakah Husam takut rakyat sedar bahawa Kerajaan Pusat menyalurkan lebih banyak peruntukan berbanding Kerajaan Pas Kelantan.
Itulah sikap Husam yang sebenarnya, penipu, pembelit dan juga manusia yang mempunyai lidah bercabang. Mengapa perlu "sinis" sedangkan soalan ditanya ada asasnya untuk rakyat?
Inilah sikap bodoh pemimpin yang akan merugikan rakyat Kelantan, rakyat bukan sahaja ditipu, tetapi terus diperbodohkan seperti "lembu".
Sebab itulah bagi Ketua Pembangkang di dalam Dun Kelantan, Datuk Alwi Che Ahamad, mengambil sikap berdiam diri daripada berbahas dengan pemimpin hipokrit.
Kesimpulannya, persidangan Dun gagal memberi manfaat kepada rakyat negeri ini...

Comments