Pembangkang Penderhaka

Jahat, ganas, kurang ajar, biadap dan penderhaka...itu lah sifat pemimpin dan penyokong Pas yang jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya. Dimana hilangnya Islam yang didaulatkan Pas selama ini.
Tindakan menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Dr Nazrin Shah, adalah satu tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan penyokong Pas, ia tidak boleh diterima oleh masyarakat Melayu yang menjunjung tinggi kemuliaan raja.
Ia bukan sahaja satu tindakan biadap, tetapi lebih daripada itu satu penderhakaan terhadap Sultan. Persoalannya kemana hilangnya pemimpin pembangkang untuk mengawal tindakan ganas penyokong mereka, apakah tindakan itu dihalalkan pembangkang??
Inilah wajah sebenar pembangkang, bukan sahaja pemimpinnya berjalan tempang, tetapi ia turut mengajar penyokongnya berjalan tempang dan berkelakuan biadap.
Apabila masyarakat Melayu mula tidak menghormati Sultan, ia turut mendorong pemimpin bukan Melayu yang sememangnya "syaitan", iaitu Karpal Singh dan Lim Guang Eng menghina institusi Raja.
Apakah bangsa Melayu sanggup membiarkan institusi Raja yang menjadi simbol kekuasaan mutlak Melayu, dicabuli oleh mereka yang berkepentingan.
Apakah Melayu mahu kehilangan kedaulatan di bumi sendiri, pengkhianat dan penderhaka kepada Sultan tidak boleh dibiarkan, golongan ini perlu diberi hukuman yang berat.

Comments

Anonymous said…
raja adil, raja disembah, raja zali, raja disinggah..
Maharaja Blog said…
Firman Allah SWT maksudnya: "Apabila kamu telah selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". (Al Jumaah ayat 10)

Tiada pula dinyatakan yang kita disuruh berdemonstrasi jalanan atau yang seerti seperti reformasi atau diseru derhaka.