Selepas Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, berkata beliau sanggup berada di pentas politik semata-mata untuk memperjuangkan Bahasa Melayu, serta sanggup kehilangan anugerah yang dikurniakan kepadanya sebelum ini demi perjuangan itu.
Katanya dalam usianya yang mencecah 74 tahun ini, serta kebenaran yang ditemui sewaktu berada di Tanah Suci Mekah, telah memberi keberanian kepada beliau untuk memperjuangkan isu PPSMI dan Bahasa Melayu.
Baguslah kalau macam itu, kita bangsa Melayu dan rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa ibunda kita, cuma ada beberapa persoalan yang perlu diteliti daripada keikhlasan tokoh sasterwan ini memperjuangakan isu PPSMI.
Persoalannya???
1. Wajarkah memperjuangankan isu Bahasa Melayu dan PPSMI ini melalui pentas politik, kerana dinegara kita sudah banyak pertubuhan yang berlatar belakangkan bahasa dan sastera boleh memperjuangkannya. Bukankah Pak Samad dijadikan batu loncatan kepada pembangkang terhadap isu PPSMI.
2.Jikalau benar Pak Samad betul-betul menyayangi bahasa ibundanya, mengapa novel yang dihasilkannya dibenarkan dialih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris, apakah ini halal bagi Pak Samad dan juga bahasa percakapan Pak Samad sendiri masih menggunakan bahasa Indonesia.
3.Mengapa Pak Samad tidak bersuara dengan lantang menyuruh Ahli Parlimen yang tidak boleh menguasai Bahasa Melayu dengan sempurna, menguasainya terlebih dahulu sebelum mereka menjadi ahli parlimen, kerana parlimen kita Malaysia menggunakan Bahasa Melayu, bukannya Cina, Arab dan Inggeris (kalau ada pun kadang-kadang).
4. Pas sibuk perjuangkan Bahasa Melayu dan PPSMI, tetapi dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, semua tanda nama wakil rakyat menggunakan bahasa Jawi, bukankan ia menyukarkan orang bukan melayu untuk mengenali wakil rakyat ketika mengikuti perbahasan.
5.Pak Samad mengatakan akhbar arus perdana tidak telus dan tidak mahu menerima karya penulis muda yang telus memperjuangkan isu semasa. Macam mana nak terima kalau penulis menghentam kerajaan tanpa asas dan sememangnya penulis terbabit juga bukan penyokong kerajaan. Apakah akhbar lain seperti Harakah, Wasilah, Saiasah dan Suara Keadilan betul-betul telus. Bahkan akhbar Sinar Harian yang kononya neutral pun juga tidak telus sifatnya.
Comments