Apabila semakin hampir buat Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih tampuk pemerintahan Negara daripada Datuk Seri Abdullah Badawi, semakin banyak pula serangan dilancarkan kearahnya bagi mengaburi mata rakyat.
Bagi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baginya Najib adalah “parasit” yang sukar untuk dihapuskan, serta parasit yang mampu menggugat keupayaan pembangkang ketika ini.
Setelah keupayaan Najib menumbangkan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak, ia menutup banyak mulut sombong pemimpin pembangkang termasuklah Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kejatuhan Kerajaan Pembangkang di Perak, membuatkan pembangkang meraskan kehadiran Najib perlu diberi perhatian kerana beliau merupakan anak didik Mantan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang cukup bijak mengatur strategi.
Takut dan terdesak dengan kemampuan Najib yang boleh memusnahkan impian pembangkang untuk membentuk kerajaan baru di Negara ini, maka Mursyidul Am Pas mahu Abdullah terus mengekalkan jawatanya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Mengapa Pas mengubah nada mereka, jika sebelum ini selepas menyaksikan keputusan pilihan Raya Umum ke 12, Abdullah didesak supaya melepaskan jawatannya ekoran kegagalannya membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.
Namun nada itu berubah setelah Barisan Nasional (BN), berjaya menumbangkan Kerjaan Pembangkang di Perak. Alasannya, Najib sudah terpalit dengan banyak isu kepemimpinannya sudah tidak dihormati.
“Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut membabitkan Najib. Ini kerana setelah menghilangkan diri beberapa hari mereka muncu bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
Oleh itu, Nik Aziz mahu Abdullah mempertahakan jawatanya sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, bagi mengekalkan kestabilan Negara dan tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan ekoran kekalahan teruk Umno.
“Kalau Datuk Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya taka faham politik Umno sekarang,” ujar beliau. (Dipetik daripada Buletin UPKN).
Nik Aziz bercakap pun sudah mula putar belit, jika sebelum ini dialah antara pemimpin yang membantu usaha Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan memalukan Abdullah, namun ia bertukar dengan sokongan kepada Perdana Menteri setelah Najib semakin hampir menggantikan Abdullah.
Namun, apa yang pastinya Nik Aziz mula didatangi mimpi ngeri apabila semakin hampir Najib menggantikan Abdullah. Ini kerana Nik Aziz sedar ia semakin sukar untuk merealisasikan impiannya apabil anak Tun Razak itu mengambil alih kepemimpinan Negara.
Nik Abdul Aziz sedar adalah lebih mudah menjatuhkan Abdullah berbanding menumbangkan Najib yang cukup liat dan mempunyai banyak idea licik serta menjadi ancaman baru kepada pembangkang.
Taktik licaik Nik Abdul Aziz yang meminta Abdullah mempertahankan jawatan Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, adalah permainan politik pembangkang untuk menumbangkang BN dengan cara mudah pada pilihan raya umum nanti.
Kerana Pas sedar, kebencian rakyat kepada Abdullah berada pada tahap kemuncak ketika ini dan sekiranya Abdullah tidak melepaskan jawatannya, maka BN akan berkubur pada pilihan raya umum akan dating. Sekiranya Abdullah sayangkan Umno dan BN, beliau perlu merelakan peralihan kuasa seperti mana dirancang sebelum ini.
Comments