Sehari di Thailand menjejak beruk putih (beruk albino) unik, sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh aku. Walaupun bagi orang lain tidaklah unik, namun bagi aku amat menarik.
Perjalanan daripada Sungai Golok ke Narathiwat untuk ke Kampung Gajah Mati Chengkuas, menggunakan kenderaan pick-up amat memenatkan dan mencabar.
Sebaik tiba di Kampung itu, aku terkejut kerana bagaikan pesta orang ramai datang berkunjung menyaksikan keunikan beruk anih itu, apatah lagi ia kali pertama di temui di Thailand.
Beruk putih yang dikenali sebagai "Ayah Putih" itu ditemui oleh seorang penduduk kampung, Tolik Yamer, 31, yang juga penangkap beruk liar untuk dijualkan kepada orang ramai bagi tujuan memetik kelapa dan petai.
Aku difahamkan kehadiran orang ramai termasuk pengunjung dari Malaysia, sekurang-kuranya 2,000 pengunjung sehari. Semata-mata untuk melihat Ayah Putih itu.
Ini lah yang dikatakan rezeki dari Allah, walaupun Tolik yang menangkapnya, tetapi orang lain turut merasai nikmatnya apabila penduduk kampung turut mencetak kemeja T dan gambar untuk dijual sebagai cenderahati kepada pengunjung.
Nikmat Allah itu mungkin untuk membantu Tolik yang dibelenggu kemiskinan bagi menyara dua anaknya, sehingga menyebabkan isterinya lari meninggalkannya kerana tidak tahan akan kemiskinan.
Orang ramai yang datang melihat haiwan itu turut menghulurkan sumbangan kepada Tolik bagi menyara kehidupannya.

Comments