Kehilangan Sahabat Sukar Dicari Ganti

Aku terkejut apabila menerima berita tentang kematian sahabat baik sejak dari bangku persekolahan lagi, sahabat satu sekolah, sahabat seperjuangan, sahabat sepermainan. Banyak kenangan manis sewaktu bersama dibangku persekolahan dahulu.

Namun Allah lebih menyayanginya...semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan tempatkannya di tempat orang beriman bersama junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..(Al-Fatihah).

Dipetik daripada: Harian Metro
Oleh: Haspaizi Mohd Zain

KOTA BHARU: Seorang pekerja sebuah hotel maut, apabila motosikal yang ditungganinya merempuh bahagian belakang sebuah lori seberat 2.5 tan, di Kampung Limbat, Jalan Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh di sini petang semalam.
Dalam Kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Muhammad Hafizullah Mad Desa, 26, meninggal dunia ditempat kejadian, setelah mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Zahruddin Abdullah, berkata hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kerosakkan dibahagian belakang lori terbabit akibat dirempuh mangsa.
"Mangsa parah dibahagian kepala setelah melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
"Dalam kejadian itu mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah belakang dan cuba memotong lori terbabit juga dari arah yang sama menuju ke Peringat," katanya ketika dihubungi.
Zahruddin berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori terbabit yang datang membuat laporan bagi membantu siasatan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987.
Menurut rakan mangsa, Faisal Ismail, berkata mangsa yang sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur, pulang ke kampung beberapa bulan lalu setelah tamat kontrak pekerjaan dengan syarikat berkenaan.

Comments