BN Juga Yang Buat


Hari ini (13.02.09) saya sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Kampung Beris Luas Ketereh dekat sini. Apa yang membuatkan hati ini rasa terkilan apabila melihat sebahagian ahli jemaah tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna.

Ini kerana masjid terbabit sudah tidak mampu untuk menampung bilangan jemaah yang ramai, bukan itu sahaja masjid berkenaan juga sudah uzur dan perlu diubahsuai bagi kemudahan orang ramai.

Persoalannya, kenapa Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa mentadbir negeri Kelantan berlandaskan Islam, gagal untuk membina rumah Allah itu dengan sempurna seperti mana kehendak Islam.

Apakah menyediakan kemudahan seperti ini bukan menjadi salah satu agenda pembangunan Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya tidak mempunyai upaya untuk membina kemudahan ini.

Inilah sifat kerajaan yang bertopengkan Islam, apabila Kerajaan Pusat ingin membantu mereka tolak, kerana bimbang hati rakyat akan berubah kepada Barisan Nasional (BN).

Mengapa Pas menafikan apa yang sepatutnya dinikmati umat Islam, apa yang Pas janji untuk memartabatkan Islam perlu diperhalusi oleh rakyat supaya tidak tertipu dengan permainan politik licik mereka.

Namun, bagi penduduk kawasan itu, mereka patut bersyukur apabila kesukaran terbabit mendapat perhatian Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang berusaha mencari dana bagi pembinaan masjid baru.

Kerajaan sudahpun meluluskan peruntukan lebih RM1 juta bagi pembinaan masjid itu dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Comments