Umno Perlukan Perubahan???

Umno perlukan perubahan, betulkah? itulah persoalan yang sering bermain difikiran ahli Umno sekarang. Tetapi bagi veteran Umno Kelantan, Tan Sri Husein Ahmad, Umno sudah berubah dan apa yang perlu Umno laksanakan adalah:

1. Menghapuskan pelacuran didalam Umno. Pelacuran terbabit adalah golongan pemimpin yang menyertai Umno disebabkan kepentingan peribadi untuk mencari keuntungan, serta sanggup menjual kedudukan dan pangkat semata-mata kepentingan diri.

2. Pemimpin Umno perlu menghapuskan tanggapan rakyat dan orang Melayu bahawa Umno adalah parti rasuah, label terbabit boleh dihaspukan dengan membuang pemimpin korupsi.

3. Tidak perlu bubarkan sayap parti, cuma perlukan pastikan politik wang tidak berlaku dalam sayap itu.

4. Umno sudah berubah, kepemimpinan Umno sudah berubah sejak dari dulu lagi, sentiasa berubah. Pemimpin Umno yang ada hari ini adalah pemimpin baru.

5. Pemimpin Umno perlu contohi ketegasan pemimpin terdahulu seperti Tun Husein Onn, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail.

6. Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji balik kedudukan parti komponennya bagi memastikan perpaduan dikalangan mereka tetap untuh.

7. Letak calon mengikut majoriti kaum, sekiranya kawasan mempunyai ramai kaum cina, letak pemimpin cina, kalau india letak pemimpin India dan kalau Melayu letak pemimpin Melayu.

8. Pemimpin dan ahli Umno perlu berubah sikap mengikut peredaran masa. Pemimpin Umno tidak boleh berlagak dengan kekayaan yang ada tetapi gagal dalam melaksanakan kerja.

9. Pilih pemimpin Umno yang betul-betul menghayati dasar perjuangan Umno sebenarnya. Pemimpin yang melanggar dasar terbabit perlu disingkirkan daripada Umno.

10. Pemimpin yang mempunyai sejarah ataupun rekod buruk tidak boleh diambil kembali sebagai calon. Ini bagi menggelak daripada berlakunya aktiviti lompat parti.

Comments

Anonymous said…
berani ke berubah ????