Signal Terakhir Rakyat


Barisan Nasional (BN) harus sedar kekalahan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, kali ini adalah "signal" terakhir daripada rakyat yang mahukan perubahan dilakukan dalam BN dan UMNO.

Kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi, ini juga membuktikan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, sudah tidak lagi relevan dengan masa kini. Ia jelas "arahan" rakyat supaya PM turun lebih cepat daripada kerusi yang disandangnya sekarang.

Datuk Seri Najib Razak yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada bulan Mac depan, perlu melakukan rombakan besar-besaran sekiranya mahukan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 13.

Najib tidak boleh biarkan lagi luka yang ditanggung BN kini terus merebak sehingga boleh membawa maut.

Kuala Terengganu sepanjang tempoh berkempen berada dalam keadaan cukup aman tanpa ada sebarang isu besar yang boleh dimainkan pembangkang, namun, Pas masih boleh lagi memenanginya? Dimana silapnya?

Apakah rakyat tidak boleh menerima calon BN?

Ataupun kebencian rakyat yang semakin memuncak?

BN perlukan pembaharuan, itu sahaja yang perlu dilakukan bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat.

Comments