Siapa Bela Hantu Sebenarnya?

Kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu, membuka mata orang ramai siapa yang sebenarnya bela “hantu”.

Sebaik pentas berkempen dibuka, Pas terus memukul canang, kononya Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi hantu ke Kuala Terengganu.

Berdasarkan dakwaan itu, sememangnya BN cukup ampuh untuk mempertahankan kerusi itu. Tetapi malangnya tewas kepada Pas dan kemana perginya pengundi hantu BN yang didakwa Pas sebelum ini.

Ramai yang hairan dengan rekod buruk selama lima penggal Abdul Wahid di Wakaf Mempelam, tanpa ada sebarang pembangunan dan hak rakyat dinafikan, beliau masih memenangi pilihan raya kecil itu.

Dimana letaknya kekuatan beliau, apakah Abdul Wahid benar-benar mampu menawan hati rakyat Kuala Terengganu, ataupun ada “hantu” yang membantu kemenangan beliau.

Persoalannya, apakah Abdul Wahid mampu menggalas tanggung jawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, adakah rakyat boleh menyandarkan harapan kepada beliau?

Sejauh mana beliau mampu memperjuangkan suara rakyat, apakah ada upaya untuk beliau meneruskan kesinambungan pembangunan di Kuala Terengganu.

Tetapi bagi Menteri Besar, Dato Ahmad Said, pembangunan tetap diteruskan di Kuala Terengganu seperti mana yang dirancangan walaupun BN tewas.

BN akan terus berkhidmat kepada rakyat Kuala Terengganu, tanpa ada sikap prejudis, serta tidak akan mendiskriminasi rakyat walaupun penyokong pembangkang.

Kerana Kerajaan BN yang ada pada hari ini sedar, bahawa Pas tidak mampu melaksanakan tanggung jawab terbabit dan rakyat akan menderita sekiranya mengharapkan Pas.





Comments

Anonymous said…
duti xde, citer byk pn xgune..btul guanu gu ???