Rayuan Saat Akhir Pas

Perang berkempen antara parti yang akan bertanding iaitu, Barisan Nasional(BN), Pas, dan bebas, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan berakhir tepat jam 12 malam ini.
Disaat akhir berkempen, Pas seperti diduga akan menggunakan taktik kotor dengan mengeluarkan "fatwanya" sendiri iaitu menegakkan Islam adalah perkara wajib. Perkara itu diperkatakan melalui satu "Perutusan Khas" oleh Mursyidul Am Pas, Datuk NIk Abdul Aziz Nik Mat, yang disebarkan dimasjid-masjid sekitar Kuala Terengganu.
Tidak dinafikan, memperjuangkan Islam adalah satu perkara wajib yang perlu dilakukan, persoalannya apakah dengan menyokong ataupun memangkah Pas, maka tertegaklah Islam dan sempurnalah Islam, apakah Islam itu hanya sempurna dengan menyokong Pas.
Kelantan berada dibawah pentadbiran Pas, seusia dengan calon Pas, Wahid Endut, menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), Wakaf Mempelam iaitu lebih 18 tahun.
Beberapa persoalaan yang ingin dibangkitkan?
1. Bukan kah Islam mahu umatnya menjaga kebersihan?....bagaimana dengan bandar Kota Bharu.
2. Bukan kah penyediaan peluang pekerjaan tanggung jawab kerajaan.....berapa banyak peluang pekerjaan tersedia di Kelantan.
3. Bukan Islam mahu kebajikan orang yang dipimpin terbela....berapa ramai rakyat yang miskin di bela Pas Kelantan?
4. Berapa banyak sekolah, masjid yang dibina Pas, berapa ramai budak digunakan untuk mengutip derma bagi membina masjid, mengapa Pas perlu menyusahkan rakyat bagi menyedia semua kemudahan itu.
5. Apakah sempurna Islam kita dengan pangkah Pas, kalau sembahyang tak? buat maksiat? berjudi?
6. Apakah kalau tidak sembahyang, pangkah Pas akan masuk syurga?
7. Mengapa gejala sosial yang berlaku di Kota Bharu belum mampu dibendung kerajaan yang kononya mendakwanya sebagai Kerajaan Islam.
Mengapa Nik Aziz sebagai orang yang kuat agama perlu mengelirukan umat Islam semata-mata kepentingan parti politik?
Siapakah Nik Aziz berbanding mufti, sekiranya Umno dan BN tidak menjaga kepentingan Islam, sudah pasti dari awal lagi mufti mengeluarkan arahan supaya menentang parti ini.
Jadi kepada pengundi Kuala Terengganu, anda mempunyai fikiran, fikirlah dengan cara yang waras, jangan mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Comments