Pengundi Hantu Isu Lapuk Pas



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan isu pengundi hantu yang dibangkitkan Pas menjelang Pilihan Raya Kecil, Parlimen Kuala Terengganu, adalah isu lapuk serta tidak lagi relevan.


Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Nordin Che Ngah, berkata isu pengundi hantu tidak perlu diwujudkan, kerana SPR menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan.

“Isu pengundi hantu adalah isu lapuk, pengundi hantu sebenanya tidak wujud. Senarai nama pemilih terlebih dahulu dipamerkan bagi tujuan bantahan sekiranya ada.

“Untuk kita mengambil orang baru sebagai pemilih dalam masa yang singkat adalah mustahil. Pendaftaran baru pemilih memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membolehkan layak mengundi,” katanya.


Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sesi taklimat dan penerangan kepada pihak media, di Wisma Persekutuan dekat sini semalam.

Nordin berkata, biasanya mereka yang dianggap sebagai pengundi hantu, adalah pengundi mendaftar dalam kawasan terabit, tetapi tidak menetap di dalam kawasan berkenaan.

Menurutnya, baliau kurang faham dengan tindakan segelintir penyokong parti yang sanggup menahan bas pengundi dan mendakwanya sebagai pengundi hantu.

Sementara itu, beliau berkata lebih 1300 pengudi pos akan membuang undi pada pilihan raya kecil kali ini, daripada jumlah itu lebih 300 pengundi pos adalah kakitangan SPR yang betugas, 27 tentera dan selebihnya Polis.

“Oleh itu setiap parti perlu memahaminya dan jangan pula menimbulkan isu kononnya SPR menambah bilangan undi pos. Undi pos akan dikeluarkan sebelum proses pembuangan undi 17 Januari.

“Dakwaan kononnya undi pos adalah bertujuan untuk membantu calon tertentu adalah tidak berasas, proses pengiraan undi pos agak lambat berbanding undi biasa adalah disebabkan borang 2 yang dikepilkan sekali dengan undi pos,” katanya.

Menurur Nordin, pada pilihan raya kecil kali ini sebanyak 36 pusat pengundiaan akan dibuka, membabitkan 143 tempat pengundian disediakan bagi proses pembuangan undi.

Tamat.

Comments