Pembangkang Marah Billboard

Berbaki dua hari lagi menjelang hari pembuangan undi, setiap jentera parti kini semakin giat memperhebatkan kempen masing-masing.

Walaupun Kuala Terengganu didinginkan dengan tiupan angin Mosun Timur Laut, namun tetap ada kepanasan yang mengiringi kedinginan itu.

Semalam (14.01.09), jentera parti ditampar penyokong pembangkang ekoran satu billboard memaparkan karikatur, Hj Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Ia memaparkan Anwar dan Lim menunggang Hadi untuk merealisasikan impian menjadi Perdana Menteri.

Marah betul penyokong pembangkang...Apabila terkena kemuka mereka sendiri, bagaimana dengan billboard yang mereka pasang, memburukkan kerajaan dengan begitu teruk sekali, menghamburkan pelbagai fitnah, menyerang peribadi, tetapi penyokong Barisan Nasional ataupun Umno tetap boleh berdiam diri.

Bagaimana dengan pengedaran gambar serta risalah yang memburukkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengaitkannya dengan Altantuya, itu semua satu fitnah besar yang sukar diterima Umno.

Tetapi Umno masih boleh berdiam diri kerana mereka yakin akan kepercayaan rakyat.

Beginilah perangai pembangkang sebenarnya, apabila ia terpalit kemuka sendiri, baru mereka tahu, ia sakit, pedih ataupun sebaliknya, kalau dah perangai jahat memang jahat lah jadinya.

Comments