Selain berkempen yang dipenuhi dengan serangan peribadi dan fitnah daripada Pas (tidak termasuk penipuannya), boleh dikatakan bumi Terengganu kini penuh dengan "gosip" hangat.
Tidak kurang juga perang poster yang mewarnai sekitar Parlimen Kuala Terengganu, kini tinggal lima hari sahaja lagi, sebelum rakyat Kuala Terengganu menunaikan haknya sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokerasi berparlimen.
Pas cuba meraih undi dengan pelbagai cara, terbaru beberapa "billboard" gergasi dipasang di sekitar bandar ini diletakkan bersama gambar calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut.
Apa yang menariknya billboard itu tertulis: "Awe Mek, kita nak pilih pemimpin perlu yang beriman, berilmu dan mesra rakyat," begitulah lebih kurang bunyinya, bersama dengan gambar calonnya.
Sebagai umat Islam, saya ingin bertanya ustaz ataupun ulamak, apakah kita boleh menilai iman kita sendiri?
Apakah dengan memakai kopiah sudah menggambar keimanan seseorang?
Inilah manusia apabila merasakan diri mereka sempurna imannya, kopiah tidak menjamin keimanan seseorang sekiranya kita tidak beribadat.
Lagi satu setinggi mana ilmu yang kita ada, apakah Allah menyuruh kita riak dengan ilmu yang kita ada, bukankah kita perlu kembangkan ilmu kita.
Aduh.... Wahid Endut, pakai kopiah tak bererti alim, banyak ilmu tak bererti bijak....kerana masih ada lagi orang lebih beriman daripada kita, ramai lagi orang mempunyai ilmu lebih tinggi dari kita.
Sedarlah jangan dok berlagak hebat, kerana orang lain akan menilai kita, bukannya diri sendiri.
Comments