Pas Bukan Lagi Parti Alternatif

Rakyat Kuala Terengganu akan menterjemahkan kehendak mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala (PRK) Terengganu, 17 Januari ini. Sama ada Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas yang menang itu adalah kuasa rakyat, mereka menentukannya.

Menang atau kalah tampuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri Terengganu, tidak akan berubah. BN tetap lagi pentadbir dibumi Malaysia dan Terengganu.

Pas pun jika memenangi pilihan raya ini tidak akan membawa banyak kelebihan, mereka Cuma hanya dapat menambah kerusi dalam parlimen dan memberi sokongan moral. Untuk mengambil alih pentadbiran negara belum dapat lagi.

Namun, Pas bukan lagi parti alternatif, kerana mereka sanggup membelakangkan prisnsip perjuangan semata-mata ingin menjaga “rakan seperjuangannya” dalam Pakatan Pembangkang.

Orang yang tidak berpegang kepada prinsipnya tidak boleh diberi sokongan kerana mereka ini tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pas sanggup membenarkan ternakan babi di Kampung Melayu, Selangor.

Ia jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan mereka sebelum ini, memang benar menjual babi ataupun menyetuhnya tidak apa yang haram hanyalah memakan dagingnya.

Namun, apakah Pas tidak menghormati sensitivi orang Melayu yang majoritinya menginap di kawasan berkenaan.

Malah, pelaksanaan Hukum Hudud dan Qisas kini tidak lagi dikumandangkan, kononya ia adalah perancangan untuk 30 tahun akan datang.

Begitu juga dengan pemberian tanah kepada orang cina secara berkekalan, Pas sanggup mengadai hak mutlak orang Melayu semata-mata mahu menjaga undi daripada orang Cina.

Ia jelas bertentangan dengan dasar negara dimana tanah tidak boleh diberikan kepada sesiapun secara berkekalan baik Cina mahu pun India.

Berbalik kepada perkembangan PRK Kuala Terengganu, jentera Pas kini mula masuk kedai kopi dan menyebarkan fitnah supaya rakyat Kuala Terengganu membenci calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan mengatakan Wan Farid sebagai seorang yang sombong, bersalam tak pandang muka, kedekut dan tidak berjiwa rakyat.

Sayangnya, jika ada segelintir penyokong BN sendiri terpengaruh dengan taktik licik yang digunakan oleh pembangkang bagi melahirkan kebencian rakyat terhadap calon BN.

Islam sendiri sudah menjelaskan tidak ada manusia yang dicipta Allah ini sempurna, kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi mana ilmu agamanya, sebesar mana serban dipakai, secantik mana kopiah diletakkan dikepada ini tidak bermakna sesorang itu sempurna dan bersih daripada dosa.

Mungkin, orang yang tidak pakai kopiah lebih baik daripada yang berkopiah, kerana hati mereka benar-benar jujur dan ikhlas kerana Allah S.W.T

Tidak ada gunanya berkopiah, berserban, namun mengata orang, mencarut, memfitnah demi kepentingan diri sendiri ataupun kepentingan parti.

Oleh itu pengundi Kuala Terengganu perlu melihat berapa banyak kebaikkan yang ada pada calon pilihan mereka, sebelum menterjemahkannya diatas kertas undi.

Comments