Pas mengakui amalan demokerasi di Negara ini masih subur dan ia dibuktikan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pertembungan tiga penjuru itu membuktikan amalam demokerasi yang diamalkan di Negara ini masih relevan dan dihormati.
“Pertandingan tiga penjuru adalah perkara biasa bagi sebuah Negara demokerasi dan saya tidak gentar untuk berdepan lawan kerana sudah lima penggal memenangi Pilihan Raya Umum,” katanya.
Barisan Nasional yang mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kali ini bukan sahaja berdepan Pas, malah turut menentang calon bebas Azharudin Mamat@Adam.
Sementara itu, Pas yang akan memulakan kempen Pilihan raya kecil kali ini dilihat ketandusan isu, apabila memutarkan skrip lama bagi meraih undi rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beberapa isu yang akan ditimbulkan sepanjang tempoh berkempen adalah seperti, pungutan cukai pintu, inflasi, Pembinaan Taman Tamadun Islam dan pengajuran Monsoon Cup.
Namun bagi Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata rakyat kini sudah bijak dan mereka boleh menilai keupayaan Barisan Nasional (BN), mentadbir negeri berbanding Pas.
“Kalau nak kata kita zalim, pendekatan BN lebih lembut berbanding mereka, kita membenarkan Pas menggunakan Stadium Negeri untuk membuat pengumuman calon.
“Saya yakin keterbukaan yang kita amalkan ini rakyat boleh menilai dan saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi yang disandang sebelum ini,” katanya.

Comments