Lembu Tambatan Baru Pas

Kapten (B) Datuk Zahar Hassim, nampaknya akan menjadi "lembu tambatan" baru Pakatan Pembangkang, untuk menghiasi pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, kali ini.
Kononnya, beliau akan mendedahkan penyelewangan yang didakwa dilakukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Razak, dalam hal berkaitan pembelian "Eurocopter" bagi menggantikan Nuri.
Begitulah lumrah manusia, sewaktu "kenyang" senyap sahaja tidak pula melawan "ibu" yang memberi makan, tetapi bila mula merasakan "kelaparan" ibu sendiri pun hendak digigitnya.
Sebenarnya, Kapten Zahar keluar Umno, setelah beliau sebut harga yang dikemukakannya bagi pembelian Eurocopter ditolak Kementerian Pertahanan.
Maka timbulah pembelian Eurocopter berlaku penyelewengan, malah Guanagu difahamkan Eurocopter yang ditempah oleh Kementerian Pertahanan diubahsuai mengikut kehendak sistem pertahanan negara, maka adalah penambahan komponen pada helikopter terbabit.
Malah, pembelian Eurocopter dicadangkan oleh juruterbang tentera yang sudah memandu uji helikopter berkenaan dan ia amat sesuai dengan sistem pertahanan negara.
Oleh itu rakyat usah terpengaruh dengan individu yang tiada pegangan dalam parti, tetapi berjuang demi kepentingan diri semata-mata.
Kapten Zahar keluar Umno kerana gagal untuk menjadi orang tengah pembelian Eurocopter.

Comments