Kuala Terengganu Milik BN

Seramai 20,629 pengundi daripada kubu kuat Pas iaitu Wakaf Mempelam, akan mengurangkan majoriti Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, bagi memastikan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN).

Calon Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, meletakan sandaran kepada kubunya itu setelah memperolehi kemenangan dengan majoriti 2,193 undi pada Pilihan Raya Umum Mac lalu.

Beliau dianggap sebagai “ayam tambatan” Pas bagi berdepan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana rekod tanpa kalahnya di Dewan undangan Negeri (Dun) Wakaf mempelam, selama lima penggal sejak dari tahun 1990.

Namun itu bukanlah kayu ukur yang boleh menjamin kepada kemenangan Pas. Pengundi Wakaf Mempelam terdiri daripada 99.34 peratus kaum Melayu; 0.43 peratus Cina; 0.08 peratus India dan 0.15 peratus lain-lain kaum.

Walaupun Pas memenangi tiga Dun iaitu Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam dan BN melalui MCA hanya memenangi Dun Bandar, ia bukan bererti kemenangan Pas terjamin.

Allahyarham Datuk Razali Ismail mampu memenangi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 628 undi pada pilihan raya lalu, menewaskan calon Pas Mohd Sabu dan calon bebas Maimun Yusuf.

Jika kita menyingkap sejarah lima penggal Parlimen Kuala Terengganu, walaupun Wakaf Mempelam tetap dimenangi Pas, tetapi Ahli Parlimen Kuala Terengganu tetap bertukar dalam tempoh itu.

Dalam tempoh lima penggal rekod kemenangan berpihak kepada BN apabila memenanginya sebanyak tiga kali iaitu pada pilihan raya umum 1995,2004 dan 2008. Manakala tahun 1990 ia dimenangi Semangat 46 dan 1999 milik Pas.

Jika dilihat daripada pencapaian itu, Pas bukanlah calon kegemaran penduduk Kuala Terengganu, untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen kerana Pas hanya menang sekali pada tahun 1999.

Sementara itu dalam tempoh lima penggal juga hanya pertembungan tiga perjuru hanya berlaku dua kali, iaitu pada Pilihan Raya Umum mac lalu dan pilihan raya kecil sabtu ini dan rekod sebelum ini memihak kepada BN.

Pas juga berada pada kedudukan tiadak selesa jika kita melihat kepada trend pengundi yang hanya memberi kerusi Dun sahaja kepada Pas, tetapi kerusi membenarkan Parlimen dimenangi BN.

Kesimpulannya rekod lima penggal di Wakaf Mempelam bukan lah kayu ukur kepada kekuatan Pas. Rekod buruknya akan memastikan rakyat Kuala Terengganu amnya dan Wakaf Mempelam khususnya member kemenangan kepada BN.

Comments