Dua Perjuangan Berbeza


Seramai 80,229 pengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menunaikan amanah mereka bagi memilih Ahli Parlimen baru Sabtu ini, menggantikan Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini.

Walaupun melibatkan pertandingan tiga penjuru, namun tumpuan kini terarah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Farid Wan Ahmad dan calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut yang menggalas amanah parti masing-masing.

Setiap mereka mempunyai asas kepada perjuangan bagi menawan hati pengundi.

Calon BN Wan Ahmad Farid, menawarkan diri untuk bertanding kerusi terbabit semata-mata untuk meneruskan tradisi BN, iaitu berkhidmat kepada rakyat.

Bagi Wan Ahmad Farid, banyak masalah penduduk di kawasan Kuala Terengganu yang memerlukan perhatian dan pembelaan. Itu semua boleh dilakukan BN sekiranya rakyat memberi mandat.

Beliau berkata, hasil pertemuannya dengan rakyat, masalah yang dibangkitkan adalah berkenaan kemiskinan dan pinjaman untuk ke universiti.

Katanya, isu yang dibangkitkan ini adalah isu yang boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin terbabit mempunyai hubungan dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Jelas, bahawa perjuangan Wan Ahmad Farid bagi pilihan raya ini adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Berbanding Pas yang berjuang semata-mata mahu merealisasikan impian parti mereka sahaja.

“Saya minta diberi peluang dan ruang untuk saya berkhidmat, saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, langit bumi, pahala dosa, syurga neraka tetapi saya menjanjikan khidmat yang terbaik dan khidmat yang ikhlas kepada rakyat,” katanya (Mingguan Malaysia 11 Januari 2009).

Ia sesuatu yang cukup berbeza dengan Pas, apabila calonnya Mohd Abdul Wahid, bertanding pada pilihan raya kali ini adalah untuk memenuhi impian partinya sahaja, bukan untuk membela rakyat.

Tiada langsung suara untuk membela nasib rakyat, yang kedengaran hanyalah untuk menambah suara dalam parlimen kononya bagi membolehkan suara rakyat Kuala Terengganu dikumandangkan di Parlimen.

Persoalannya suara rakyat ataupun suara parti PAS?

Mengapa perlu bercakap soal suara, sedangkan rakyat masih melarat, kemiskinan masih melata?

“Jika dipilih saya akan bersuara di Parlimen seperti mana saya buat di Dewan Undangan Negeri . Kita tidak boleh berharap kepada Abdul Hadi seorang….(Mohd Abdul Wahid, Mingguan Malaysia 11/6/09)

Beberapa rumusan boleh dibuat melalui petikan kata-kata beliau:

1. Ingin bersuara seperti mana dalam Dewan Undangan Negeri, sedangkan dalam Dewan Undanga Negeri beliau hanya mencarut, mengutuk dan mengata bukannya bersuara membela nasib rakyat.

2. Beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kepemimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

3. Tiada suara untuk membela nasib rakyat, kecuali sekadar memenuhi cita-cita Pas.

Oleh itu, pengundi Kuala Terengganu perlu membuat keputusan tepat sebelum memangkah. Apa yang pasti pangkah BN kehidupan terjamin, pangkah Pas hidup terus melarat.

Comments