Seramai 80,229 pengundi Kuala Terengganu, akan membuat pilihan siapakah Ahli Parlimen Baru yang akan dipilih bagi menggantikan Allahyarham Datuk Razali Ismail.
Antara Wan Ahmad Farid (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharuddin Mamat@Adam (Bebas), siapa akan menjadi pilihan hati pengundi Kuala Terengganu, apakah calon yang berperibadi menarik atau kemampuan berkhidmat akan menjadi pilihan rakyat.
Ketiga calon terbabit, kesemuanya orang baik-baik, kesemuanya mempunyai peribadi mulia, baik dari BN, Pas ataupun Bebas. Adalah perkara biasa kalau calon itu diburukkan ketika berkempen, maklumlah perangai manusia.
Soal peribadi calon bagi saya tidak timbul...namun dalam usaha untuk menentukan pemimpin, kita perlu tahu akan perkataan "mutlak". Mutlak dalam erti kata mampu membantu dan membawa kehendak rakyat yang mutlak.
Mutlak dalam erti kata Kerajaan yang diberi mandat yang mutlak oleh rakyat, parti yang diberi mandat mutlak untuk terajui negara pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.
Mutlak juga dalam erti kata, pemimpin yang mempunyai kuasa dan kemampuan yang mutlak untuk membela rakyat.
Mutlak juga dalam erti kata mampu membawa perubahan kepada Kuala Terengganu.
Mutlak untuk membela pendidikan anak bangsa.
Mutlak dalam erti kata berupaya memperjuangkan suara rakyat. Kerana rakyat juga mempunyai suara yang mutlak dan pangkahlah parti yang mutlak yang mampu membela rakyat secara mutlak.
Buatlah keputusan yang mutlak dengan cara bijak demi kepentingan mutlak...selamat mengundi secara bijak.
Comments