Akhbar Cakna Sabotaj BN

Selepas menang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, penyokong Pas terus menguasai bandar raya Kuala Terengganu, bagi meraikan kemenangan calon mereka.
Kumpulan penyokong Pas dengan motosikal berarak ke kediaman Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan melaungkan kata-kata kesat terhadap MB Terengganu itu. Malah turut kedengaran laungan "hidup Wahid Endut, mampus Wan Ahmad Farid".
Begitulah perangai Pas, itu semangnya semua tahu perangai kurang ajar penyokong Pas yang gagal dididik dengan sempurna oleh pemimpin mereka.
Itu kisah penyokong Pas, tetapi apa yang saya ingin katakan adalah berkaitan dengan sebuah akhbar tempatan yang kononya bersikap neutral, pada awalnya hanya bertapak di semenangjung Pantai Timur sahaja
Barisan Nasional (BN) ada membuat tempahan iklan bagi berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, bukan sikit tempahan yang dibuat itu bernilai lebih RM20,000.
Apa yang saya ingin perkatakan di sini, surat khabar yang ditempah untuk diedarkan kepada orang ramai lambat sampai, ia sampai di Unit Komunikasi (Ukom), kira-kira jam 10 pagi dengan alasan silap alamat.
Mustahil pengedaran boleh silap alamat, mengapa tempahan Pas dapat dihantar dengan sempurna tanpa ada kesilapan.
Tapi apa yang pasti akhbar ini turut berperanan mensabotaj kemenangan BN, ia terbukti apabila akhbar ini sering memberi tumpuan terhadap berita-berita pembangkang.
Oleh itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi perhatian khusus terhadap akhbar ini yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pusat.

Comments

Anonymous said…
akhbar mane tu gang..selain harakah milik pas, ade ke akhbar lain milik parti tertentu..ade ek..