Pas Keluar Fatwa Songsang

Selepas gagal mempertahankan isu Hukum Hudud, Pas yang terdesak bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, sekali lagi mengeluarkan fakta songsang apabila menyifatkan undi Pas mendapat pahala.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jelas mengambarkan Pas dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menghadapi pilihan raya 17 Januari depan.

Nik Abdul Aziz melalui kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berkata, setiap perkara dilakukan pemimpin dan penyokong Pas dapat pahala kerana parti itu perjuangkan Islam.

Persoalannya benarkah pemimpin Pas memperjuangkan Islam?

Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tuntutan Islam?, berjaya kah Pas menjadikan Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah bandar yang bersih?.

Jika berjaya mengapa Sultan Kelantan membuat teguran terhadap tahap kebersihan bandar Kota Bharu?

Apakah Pas berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat? Terutamanya di Kelantan.

Jika berjaya mengapa masih ramai rakyat Kelantan berhijrah ke luar negeri mencari pekerjaan?
Berapa ramai rakyat miskin Pas bantu?

Berapa banyak peruntukkan biasiswa,pinjaman pelajaran dibelanjakan Pas bagi kemudahan pelajar?

Berapa banyak masjid dibina di Kelantan setelah hampir 20 tahun pemerintahan Pas?

Berapa banyak hutang Kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Pusat?

Adakah berdosa menyokong Barisan Nasional (BN), yang memberi pinjaman kepada Kerajaan Pas, bukankah tangan memberi lebih mulia dari meminta?

Adakah satu dosa menyokong Umno dan BN yang:

Memberi biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada rakyat.

Menyediakan kediaman kepada rakyat miskin.

Membina 32 masjid di Terengganu dalam masa dua tahun bagi keselesaan umat Islam.

Menjadikan Bandar Raya Kuala Terengganu terbersih di Malaysia(kebersihan adalah tuntutan Islam).

Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat.

Sebenarnya antara Pas dengan BN yang mana mendapat pahala jika mengundinya. Undi Pas sebenarnya banyak dosa berbanding pahala.

Cukuplah Nik Aziz berselindung disebalik kesucian agama dalam meraih undi.

Comments