Melayu mudah lupa



Semalam saya sempat menghabiskan masa sekitar dua jam sambil bersembang dengan Ahli Majlis Tertinggi FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin, banyak perkara tentang dunia bola sepak tempatan sempat kami bincang sehingga jam 2 pagi.

Namun bukan soal dunia bola sepak yang ingin saya perkatakan, sebaliknnya, terpegun dengan keramahan yang ditunjukkan oleh Raja Ahmad, yang sanggup melayan press cabuk macam saya ini.

Apa yang ingin saya perkatakan adalah tentang Seminar Ketuanan Melayu anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) di Hotel Raudah Kota Bharu dekat sini semalam.

Ahli panel yang ternama dijemput untuk berdiskusi membincang isu semasa berkait dengan ketuanan Melayu. Memang bersemangat ahli panel berhujah, namun sejauh mana orang Melayu menghayatinya itu belum pasti.

Malah, ada beberapa isu tentang pemimpin Melayu turut disentuh, bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang menyebabkan kehilangan Singapura, sehinggalah kepada pemimpin hari ini.

Lebih dari itu pemimpin Melayu hari ini dikaitkan dengan kehilangan Pulau Batu Putih kepada Sinagpura serta dianggap pengecut apabila mencium keris keramat dan selepas itu memohon maaf.

Saya tidak kisah dengan lontaran dan dakwaan itu, kerana apa yang berlaku ada hikmahnya dan mengajar kita untuk bermuhasabah sekejap. Namun, apa yang menyedihkan pengendali seminar itu asyik menyalahkan pemimpin melayu terutamanya kerajaan.

Seolah-olah pemimpin kerajaan banyak melakukan kesilapan, tetapi apa yang kita nikmati hari ini, setelah lebih 50 tahun merdeka, Malaysia berada pada tahap kegemilangan diluar jangkaan.

Persoalannya, pemimpin Melayu mana yang membawa perubahan ini, yang memajukan bumi Malaysia ini, pemimpin mana yang membolehkan kita hari ini menikmati hasil titik peluh mereka?

Jikalau kita sudah benci kepada kerajaan kerana sudah tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan, jangan kita lupa sebelum ini siapa yang bagi sesuap nasi untuk kita membesarkan keluarga dan anak-anak.

Jangan lah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kuman di seberang laut kita nampak, tetapi gajah di hadapan tidak nampak.

Sebab itulah Tun Dr Mahathir pernah berkata "Melayu Mudah Lupa".



Comments

Anonymous said…
dah bersawang aku tengok blog ni... dah lama tak update...