Husam dimalukan Khairy




Tahniah kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sanggup menerima pelawaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, untuk berdebat mengenai dunia politik di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Sebaik sahaja Khairy masuk ke dewan, para penyokong Pas terus bertakbir ia seolah-olah ancaman bagi menakutkan Khairy. Selepas perdebatan tamat saya melayari Harakah Daily untuk melihat apa komen laman rasmi Pas itu.
Apakah Khairy akan dikutuk dengan teruk, namun sebaliknya yang berlaku apabila laman itu memberi komen seimbang tanpa menghentam mana-mana pihak antara Husam dan Khairy.

Rupa-rupanya pada perdebatan malam itu, Husam sudah dimalukan dengan teruk oleh budak setahun jagung itu, apabila diajukan dengan pelbagai soalan yang gagal dijawab dengan sempurna oleh Husam.

Ia bukan sahaja membuatkan penyokong Husam tergaman dengan situasi itu, tetapi turut menaikkan darah Husam, apabila mencetuskan sedikit ketegangan ketika sesi perdebatan berlangsung.

Ini adalah satu pengajaran yang cukup bermakna buat Husam yang angkuh dan sombong. Inilah padahnya apabila kita menganggap orang lain bodoh hanya kita sahaja yang bijak, maka jadilah Husam seperti angan-angan mat jenin, ataupun Pak Pandir menang sorak kampung tergadai.

Comments

Anonymous said…
betul ke ko ni..ko sibuk tgk bola..mcm mane ble buat entry nih..muahahahaha