Hudud: Sekali Lagi Pas Tipu Rakyat


Seperti yang dijangkakan keutuhan Pakatan Pembangkang (Pas, DAP dan PKR), tidak akan kekal lama. Pertelingkahan pasti berlaku apabila melibatkan soal pelaksanaan hukum Islam.
DAP seperti mana yang umum tahu,adalah sebuah parti yang cukup anti dengan Islam,oleh itu undang-undang Islam tidak akan ditegakkan dibumi Malaysia.

PKR juga akan menentang pelaksanaan hukum hudud,kerana jika kita lihat majoriti Ahli Parlimen PKR adalah dari kalangan bukan Islam,apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution mampu mempertahankan pelaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah?

Apa yang jelas keutuhan yang ditunjukkan Pakatan Pembangkang sebelum ini adalah satu "drama politik"sahaja bagi mengaburi mata rakyat.

Hukum hudud yang dicanang Pas sebelum ini, adalah omong-omong kosong ataupun cakap politik,namun tidak mampu untuk menterjemahkannya.

Jika sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa,menegaskan pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas jika Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia dilaksanakan(sesi dialog di Balai Islam Lundang 20 Disember lalu).

Namun nada Husam mula berubah apabila cadangan untuk melaksnakan hukum hudud dan Qisas mendapat tentangan daripada DAP dan PKR mengambil keputusan untuk membisu.
Apa yang jelasnya,sekali lagi rakyat ataupun lebih tepat lagi pengundi Pas ditipu hidup-hidup dengan sogokkan pelaksanaan hukum Islam

Comments