Cina Penentu Kemenangan



Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said,melaungkan keyakinan calon Barisan Nasional (BN),Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mampu memenangi Pilihan Raya Kecil 17 Januari nanti.
Ahmad berkata, BN bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu dan beliau yakin dengan kemampuan calonnya, berbanding Pas yang masih tercari-cari calon sesuai untuk berdepan Wan Ahmad Farid.
“Kita bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang dipilih Pas. Paling penting ialah jentera, penyokong dan persefahaman yang perlu diperkukuhkan dikalangan BN,” katanya.
Kawasan Perlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,326 pengundi dengan majoritinya pengundi Melayu 87.4 peratus, Cina 11.6 peratus, India 0.7 peratus dan lain-lain 0.3 peratus.
Kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil ini bakal ditentukan oleh kaum minoriti terbesar di kawasan itu iaitu Cina. Ini kerana selain kaum Melayu, Cina lah bakal penentu kemenangan.
Oleh itu, perhatian kepada golongan minoriti ini amat penting bagi menawan serta memperoleh undi mereka. Apatah lagi dalam situasi politik negara sekarang, pendekatan terbaik perlu bagi menangani hati mereka.
Calon BN sendiri mengakui bahawa undi kaum Cina amat diperlukan bagi mempertahankan kerusi terbabit. Namun,sekiranya Calon BN sebelum ini mampu memenanginya ia adalah satu cabaran buat Wan Ahmad Farid.
Undi kaum Cina adalah amat penting, kerana BN tidak akan mampu untuk meraih sepenuhnya sokongan daripada kaum Melayu, terutamanya daripada ahli Umno itu sendiri.

Comments