Beza Antara Dua



Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu berjaya membawa satu perubahan pesat dalam masa yang singkat terhadap negeri itu,berbanding negeri yang berada dibawah pemerintahan Pas hampir 20 tahun.
Bermula tahun 2004, setelah BN merampas kembali Terengganu daripada Pas, Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusoh, berjaya memacu pembangunan di negeri itu.
Dalam masa dua tahun sahaja 32 masjid baru terus dibina, berbanding Pas yang menerajui Kelantan lebih 18 tahun hanya satu masjid sahaja dibina. Dalam soal ini siapa yang mendaulatkan Islam sebenarnya?
Terengganu kini menjadi gerbang ataupun pintu masuk kepada Pantai Timur. Pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, menjadi pemangkin kepada kemasukkan pelancong dan pelabur ke negeri itu.
Kini, kesemua jemaah haji dari Pantai Timur, menggunakan lapangan terbang itu bagi penerbangan terus ke Tanah Suci Mekkah. Malah, dari sekecil-kecil kapal terbang, sehingga sebesar kapal terbang kini mula mendarat di sini.
Pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal oleh kerajaan BN Terengganu, dikecam hebat oleh pemimpin pembangkang,kononya ia adalah satu pembaziran.
Namun, projek yang dianggap membazir itu kini mula bertukar wajah, pembinaan TTI dan Masjid Kristal menjadi daya tarikkan baru pelancong berkunjung ke negeri itu.
Ini terbukti apabila ribuan pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke TTI dan Masjid Kristal pada muism cuti sekolah ini. Ia bukan sahaja sudah mampu menjana ekonomi Terengganu,tetapi turut memberi pendapatan dan pekerjaan kepada rakyat. Bayangkanlah apabila ubi kayu turut bernilai di sana…
Keadaan berbeza dinegeri Pentadbiran Pas, Kelantan melancarkan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2008, namun berapa ramai bilangan pelancong yang datang dan apa daya tarikkan untuk pelancong ke Kelantan.
Terengganu terus memahat sejarah dan mencipta tamadun baru, setelah Datuk Ahmad Said, menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum lalu, royalti minyak dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu.
Bukan senang untuk memilih pemimpin yang mampu merancang pembangunan sesebuah negeri, oleh itu rakyat perlu bijak menilai sebelum memilih pemimpin.

Comments