Annuar mahu bina empayar


Tahniah kepada saudara Dali Hussin, kerana berjaya memenangi jawatan Ketua Umno bahagian Pengkalan Chepa, sekaligus mematikan hasrat Datuk Nik Zain untuk terus menerajui Umno bahagian itu.


Kejayaan itu sekaligus membuktikan taktik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, untuk meletakkan budak suruhannya bagi jawatan itu setiap bahagian, nampaknya berjaya di Pengkalan Chepa.


Annuar yang dikatakan bakal tenggelam dari dunia politik apabila Datuk Seri Najib Tun Razak, mengambil alih kepimpinan negara daripada Pak Lah, dilihat cuba membina empayarnya di Kelantan bagi membolehkan beliau terus berkuasa.


Namun, Annuar gagal dalam percaturan itu apabila budak suruhannya hanya berjaya memenangi jawatan itu di Machang, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah belum pasti lagi.


Lebih membanggakan lagi sepanjang tempoh persidangan peringkat cawangan dan bahagian berlangsung baru-baru ini, Badan Perhubungan Umno Kelantan menerima tidak kurang daripada 800 bantahan.


Persoalannya, sejauh mana siasatan dilakukan terhadap bantahan terbabit, ataupun Annuar hanya pejam mata yang penting kroninya menang. Umno Kelantan lebih bermasalah berbanding negeri lain. Apatah lagi dibawah pemerintahan Annuar Musa.

Comments

Anonymous said…
ble tahan ko nih..