Rafidah tidak ikhlas


Keputusan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, untuk terus mengekalkan jawatan itu pada pemilihan Mac depan jelas membuktikan beliau tidak ikhlas untuk mengosongkan kerusi itu kepada penggantinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Hakikatnya beliau masih sayangkan lagi jawatan yang dipegangnya kini, malah masih menaruh harapan untuk kembali memanaskan bangku kerusi Menteri apabila berlakunya peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.


Tindakan Shahrizat untuk melawan ketuanya itu adalah tepat pada masanya, yang mana dalam keadaan sekarang sokongan akar umbi cukup kuat kepadanya dan Rafidah tidak perlu mempertahankan jawatan itu sekiranya beliau benar ikhlas untuk memberi jawatan itu kepada penggantinya.

Comments

Anonymous said…
aaa..tidak..satu entry yg ditunggu-tunggu..
Anonymous said…
selepas sekian lama menyepi kerana menjaga budak belia... akhirnya... guana gu muncul kembali...