Pas Kedah lebih berani







Tahniah dan syabas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang berani dan tegas mempertahankan keputusannya, walaupun DAP mengugut untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang di Kedah.
Beliau yang lantang dan berani mempertahankan keputusannya berkaitan dasar baru pemilikan rumah, iaitu kuota Bumiputera daripada 30 kepada 50 peratus disemua projek perumahan.

"Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana...mana boleh saya tahan.

Malah beliau turut membidas tindakan pemimpin DAP luar Kedah yang mahu mencampuri urusan Kerajaan Negeri Kedah, sedangkan keputusan dibuat dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

"Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita...Jangan sibuk hal orang lain," katanya. (Berita Harian, 13 Nov: M/S:5).

Begitulah suara pemimpin Pas dari Kedah. Ia berbeza dengan pemimpin Pas di negeri lain terutamanya Kelantan, yang cukup terkenal kononya memperjuangkan Islam.

Namun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak sehebat Azizan dalam membuat keputusan. Nik Aziz lambat didesak mula mengalah, malah kalau pemimpin DAP kutuk Kelantan pun beliau boleh tersenyum lagi.

Lebih membanggakan lagi pemimpin Pakatan Pembangkang di negeri lain pun boleh turut campur tangan di negeri itu, tapi berbeza dengan Kedah yang mempunyai pendiriannya yang kukuh.




Comments

Anonymous said…
memang handal ko ni bercakap..