Luahan orang kecewa



Kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, adalah satu tindakan terdesak ataupun meraih populariti untuk diiktiraf sebagai hero baru dalam perjuangan politik negara.


Mengapa Isu Ketuanan Melayu perlu diperdebatkan ataupun dipertikaikan oleh sesetengah pihak termasuk orang Melayu sendiri. Perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara tidak perlu dipertikaikan lagi.


Walaupun beberapa pemimpin Umno yang memperjuangkan Melayu meminta Zaid memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, namun beliau enggan berbuat demikian dan tetap mempertahankan kenyataanya.


"Ramai orang melayu mahu penghormatan dan pengiktirafan mengenai kejayaan mereka berasaskan kebolehan, orang melayu mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak perlu mengamalkan sikap angkuh kononnya mempunyai hak yang lebih dari kaum lain," katanya melalui emel kepada media.


Zaid boleh berkata begitu kerana beliau sudah ada segala-galanya, pangkat, harta dan kekayaan sudah menjadi miliknya. Apa yang beliau inginkan hanyalah nama dan kedudukkan.


Mengapa zaid perlu pertikaikan perkara ini...apakah zaid sudah murtad sebagai Melayu. Hak melayu tidak perlu digadaikan kerana kepentingan diri.


Kenyataan Zaid, hanyalah sekadar untuk meluahkan kekecewaan kerana gagal bertahan lama dikerusi empuk Menteri.

Comments