Khabarnya...


Khabar angin yang bertiup baru-baru ini mengatakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, khabarnya sedang mencari parti baru bagi meneruskan kembali perjuangannya.


Menurut sumber, selepas beliau meletakkan jawatan yang disandanganya sebelum ini, beliau menerima pelawaan daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibarahim, untuk berjuang dalam PKR, sebelum menerima satu lagi pelawaan daripada DAP.


Malah, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam pertemuannya dengan Zaid turut mempelawanya menyertai Pas. Namun, kata Zaid kepada sumber terbabit, sekiranya beliau pandai mengaji Al-Quran beliau akan menyertai Pas.


Nampaknya, Zaid yang gagal memanaskan kerusi yang didudukinya sebelum ini, cuba beralih arah bagi memastikan karier politiknya tidak berakhir begitu sahaja.


Sejauh mana kebenarannya hanya Zaid yang mengetahuninya....

Comments