CADANGAN supaya debat terbuka diadakan pada pemilihan Umno Mac depan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ), adalah taktik terdesak dan jalan mudah baginya mendapatkan jawatan Ketua Pemuda Umno.
Dua pencabarnya Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahatir yang memperoleh 71 pencalonan, manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendapat 56 pencalonan berbanding beliau hanya 51 pencalonan (sehingga 02.Nov.08). Ini bukti akar umbi sayap itu sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuannya.
Walaupun KJ memberi alasan cadangan itu adalah untuk memberi peluang kepada akar umbi menilai sendiri kemampuan calon yang akan mengemudi sayap itu, tetapi ia adalah alasan tidak relevan untuk diri KJ.
Kerana sebelum ini KJ menduduki jawatan yang beliau sandang sekarang bukan melalui pemilihan, tetapi diberi laluan mudah memandangkannya sebagai menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.
Persoalannya, apakah sewaktu beliau ingin mendapatakan jawatan yang dipegangnya sekarang ini, beliau mendapat restu dan pandangan daripada akar umbi. Dalam politik kalau menduduki sesuatu jawatan dengan laluan mudah ia tidak akan kekal lama.
Mukhriz kini dilihat sebagai ikon baru yang mampu membawa perubahan serta memimpin Pergerakan Pemuda Umno, golongan muda kini dilihat kian mengubah angin untuk berada dibelakang anak bekas Perdana Menteri itu.
Kredebiliti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau adalah tokoh yang naik mengikut tangga hadapan serta banyak pengalaman. Mukhriz bukanlah tokoh yang terhasil sewaktu pemerintahan bapanya Tun Dr Mahathir.
Malah, ketokohan beliau dalam politik juga dilihat sebagai pemimpin yang naik tanpa mencantas ataupun menafikan hak orang lain. KJ terlalu awal untuk menduduki jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau menafikan hak orang lain yang sepatutnya duduk dikerusi empuk itu terlebih dahulu sekiranya beliau menang Mac depan.
Kerusi Ketua Pemuda juga akan membolehkan individu yang menyandanganya mendapat jawatan sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri. Individu yang dilihat mempunyai ketokohan bagi mewakili sayap itu dalam kabinet adalah Mukhriz Mahathir, berani bersuara kerana kebenaran, bukan bersuara kerana "mengampu".
Pemilihan pemimpin sayap itu Mac ini, adalah titik permulaan yang penting bagi menetukan kesinambungan kepemimpinan Umno. Malah Pemuda berperanan penting untuk mendekatkan kembali golongan muda di negara ini kepada parti keramat Umno.
Tetapi jika silap membuat pemilihan ataupun percaturan, golongan muda akan terus menjauhkan diri daripada Umno. Mandat golongan muda penting bagi mengembalikan kuasa mutlak Umno di bumi Malaysia.
Adakalanya, Umno perlu mengetepikan dahulu sementara "keegoaannya", bahkan perlu belajar daripada parti pembangkang (Pas&PKR), formula untuk mengembalikan keyakinan golongan muda. Hakikat yang perlu diakui pemimpin Umno, golongan muda hari ini melihat Pas dan PKR parti yang relevan buat mereka.
habis...

Comments