Semalam saya mendapat respons daripada seorang sahabat di Pantai Barat yang melayari laman blog ini. Benar juga kata sahabat ini, siapa yang akan ganti tempat Datuk Seri Hishamuddin bagi jawatan Ketua Pemuda Umno bukanlah satu isu, yang penting orang menggantikan beliau terus memacu sayap parti itu.
Saya menyokong saranan beliau, itu memang benar, yang penting pengganti Hisham nanti, sama ada KJ, Mukhriz ataupun Khir Toyo melaksanakan tugas dan terus memacu kecemerlangan Pemuda Umno terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Siapa yang bakal menduduki kerusi itu akan ditentukan perwakilan pada pemilihan bulan Mac depan. Namun harus diingatkan perwakilan yang ingin memilih pemimpin biarlah sedar dengan kehendak akar umbi.
Pilih pemimpin yang betul-betul dikehendaki akar umbi, pemimpin yang boleh mendekatkan lagi terutamanya golongan muda dengan pemuda Umno, bukannya pemimpin yang pandai berhujah, bercakap tetapi tidak mempunyai idea ataupun daya tarikkan.
Pemiihan pemimpin yang mampu menjenamakan kembali Pergerakan Pemuda Umno diperlukan dalam keadaan sekarang, dimana golongan muda kini lebih selesa mendekati pemuda pembangkang berbanding Umno.
Comments