Berehatlah....



Seronok saya bila dengar berita Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah boleh menjalankan tugas seperti biasa, Alhamdulillah. Namun dalam satu kenyataan, beliau megakui sudah uzur, tetapi masih seronok bekerja, (Sinar Harian, 03Nov08).

Bagi saya sudah elok kalau beliau berehat, kerana beliau sudah membawa satu perubahan besar pada negeri Kelantan. Malah rekod pemerintahannya sebagai MB sudah hampir menyamai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Saya kira sudah sampai masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada generasi muda mentadbir Kelantan. Namun, mungkin juga Tok Guru terfikir apakah pemimpin pelapis selepas ini sejujur beliau, dihormati ataupun disegani seperti mana beliau. Mungkinkah sekiranya beliau berundur Pas akan lemah di bumi Kelantan.

"Walaupun selalu kurang sihat, bagi saya seronok bekerja macam ini, di mana saya dapat berdakwah memberikan ceramah kepada orang ramai dan memberikan satu perasaan yang gembira kepada saya," Nik Abdul Aziz (Sinar Harian m/s:N2).

Alasannya untuk terus kekal ialah keseronokkan bekerja kerana dapat berdakwah dan memberi ceramah. Untuk berdakwah pelbagai cara ada dan tidak perlu untuk terus kekal sebagai MB.

Kerana tugas MB ataupun pemimpin amat berat bagi mentadbir negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat, seperti keselamatan dan peluang pekerjaan yang banyak. Bukannya hanya berceramah sedangkan rakyat terpaksa berhijrah ke luar untuk mendapatkan pekerjaan.

Saya bukan anti Tok Guru, saya hormat dan kagum dengan beliau, namun, apa yang penting rakyat memerlukan satu sentuhan baru untuk mentadbir negeri ini ke arah lebih baik. Malah, musuh lama Tok Guru, Tun Mahathir pun sudah lama berundur. Dulu ada juga kedengaran suara kononya Tok Guru akan lepas jawatan kalau Tun Mahathir undur, tapi????..

Comments