Tugas Mencabar

Oleh Budak Baru

Menyelusuri lokasi kejadian bunuh pasangan suami isteri dari Thailand, yang dibunuh dengan kejam apabila lehernya dikelar adalah sesuatu pengalaman berharga selepas setahun bergelar penulis.
Lokasi kejadian yang berada kira-kira dua kilometer daripada laluan utama dan mengambil masa sekitar empat jam bagi mendapatkan pengesahan polis, membuatkan saya mengerti tugasan sebagai seorang penulis cukup mencabar.
Malah, untuk sampai ke lokasi terbabit, kami terpaksa menumpang pacuan empat roda milik polis dan orang perseorangan, lebih mencabar lagi laluannya yang cukup berliku sehingga kenderaan kami naiki hampir terbalik.
Begitulah tugas seorang penulis ataupun lebih tepat lagi pemberita....
Jika dilihat kepada kemitmen tugas, penulis adalah golongan profesional yang perlu mendapat penghargaan dan perhatian khusus, namun, bagaimana bagi segelintir penulis menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan diri bagi menambah pendapatan...
Golongan ini lah yang membuatkan masyarakat memandang serong terhadap tugas murni seorang wartawan.....

Comments