Terima Kasih Teman

Saya tidak sempat untuk "update" artikel sehari dua ini, ekoran kekangan kerjl yang banyak apatah lagi sidang Dewan negeri Kelantan kini sudah bermula.
Lebih malang lagi sahabat saya daripada Berita Harian di halau keluar daripada membuat liputan persidangan, ekoran artikel muka depan yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagar tadbir Kelantan (Selasa 21 Oktober).
Memang patut kalau Tuanku Al Sultan murka dengan pentadbiran Pas yang gagal membangunkan negeri ini, terutamanya masalah kebersihan yang belum selesai walaupun Kota Bharu sudah bergelar Bandar Raya Islam.
Dalam kesibukan ini saya juga turut berdepan satu masalah yang membuatkan sedikit kerja terganggu, kerana terpaksa menghadapi masalah berkenaan berseorangan.
Namun, saya tidak sedar rupa-rupanya masih ada lagi sahabat yang sudi bertanya khabar dan bersimpati kepada saya ketika berdepan "masalah" itu. Akhirnya saya dapat merasakan bebanan ditanggung sedikit berkurangan.
Saya berterima kasih kepada tiga sahabat saya, iaitu kirin, zahar dan Lah kerana sudi mendengar dan membantu saya. Bukan senang pada masa kini untuk mencari "Teman Sejati".
Kepada kalian semua saya rakamkan jutaan terima kasih kerana bersimpati dan sudi membantu, jasa kalian akan saya kenang hingga akhir hayat. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan buat selama-lamanya.

Comments