Oleh: Budak Baru
Selamat bersidang buat seluruh Pergerakan Pemuda Umno di setiap bahagian dalam usaha mencari dan menentukan pemimpin masa depan, bagi menerajui kepemimpinan Pemuda Umno.
Kepada perwakilan diingatkan supaya memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa, jangan pula kerana "kenyang" disuap kita silap memilih pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti serta tidak mampu memimpin.
Pemilihan pemimpin baik diperingkat bahagian ataupun pusat amat penting, agar golongan muda hari ini "jinak" dengan parti keramat Umno, jangan kerana kepentingan diri golongan muda yang menjadi penentu kemenangan sebuah parti meninggalkan Umno. Ahli dan pemimpin Umno sewajarnya belajar daripada kegagalan membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 selepas pilihan raya umum lalu. Serta membetulkan kembali kesilapan.
Dalam keghairahan pemimpin Umno bersidang untuk memburu kedudukan, Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan, dilihat terus dikecohkan dengan pelbagai protes dan penyerahan memorandum kepada badan itu, yang dikatakan tidak telus dalam menjalankan tugas memantau persidangan...benar atau tidak "Wallahhua'lam".
Malah, ada sesetengah pemimpin mempertikaikan kredibiliti jawatan kuasa pemantau yang dikatakan terlalu muda untuk menilai perjalanan persidang, serta dikatakan tidak mempunyai pengalaman cukup dalam dunia politik Umno.
Kepada calon yang berhasrat untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda Bahagian, jangan pula mewujudkan kekecohan dan tipu muslihat bagi memenanginya. Sepatutnya tunjuk perasaan dan serah menyerah memorandum tidak perlu wujud dan persidangan perlu berlangsung dalam suasana harmoni dan berhemah.
Mungkin juga "kerusi panas" itu menjadi rebutan kerana ia jambatan untuk mendapat projek daripada pusat. Nasihat Budak Baru kepada pemimpin Umno jangan pentingkan diri sendiri, bersatulah membela Umno yang sedang retak menunggu belah, bukannya menghancurkannya.
Perbalahan pemimpin Umno, membuatkan Pas, DAP dan KeAdilan tersenyum simpul kerana menghitung hari untuk menumbangkan Umno, kerana kelemahan jelas ditunjukkan oleh pemimpin Umno yang tamak.

Comments