Perjuangan Kafa perlu telus

Oleh: Aiman Hanif
Pasukan bola sepak Kelantan terus bernafsu untuk mencipta kejayaan menjelang musim baru Liga Perdana tahun hadapan, setelah melakar rekod cemerlang musim lalu. Daripada sebuah pasukan bermasalah dan sentiasa diselubungi kemelut kewangan, kini berubah wajah sehingga mendapat jolokkan Manchester City Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Hj Musa, yang sudah membawa satu perubahan besar terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), setelah beliau memegang jawatan Presiden Kafa.

Kafa daripada sebuah persatuan mempunyai akaun kewangan "zero", sehingga menjadi sebuah persatuan bola sepak elit hingga memiliki wisma Kafa dan bas persatuan, tahniah diatas perubahan luar biasa.

Malah, musim lalu, pasukan yang terkenal dengan jolokkan "Kijang" itu hampir melangkan ke pusingan suku akhir saingan Liga Malaysia, namun, dimana kesilapannya ketika berada dikemuncak prestasi Kijang dilanda masalah.

Bermula dengan penyingkiran penyerang import prolifik yang banyak menaikkan nama Kelantan, Mouhamadou Moustafa, Kijang bagaikan kacang lupakan kulit menyingkirkan Mouhamadou dengan alasan tidak masuk akal.

Menurut sumber orang kuat Kafa, pemaian import itu dianinyayai disebabkan kepentingan individu tertentu yang menjadi duri dalam daging kepada Kafa, kerana duit mula masuk melimpah ekoran prestasi ditunjukkan pemain.

Difahamkan pada pertemuan timbal balas Selangor vs Kelantan, Mouhamadou masih mahu beraksi, namun dihalang oleh pihak tertentu yang berkepentingan, malah sumber memberitahu tidak musatahil perlawanan malam itu "dijual".

Lebih malang lagi, Datuk Ismail (RedLand) yang dilantik sebagai bendahari meninggalkan Kafa selepas menyumbang RM500,000, kerana beliau tidak pernah menerima laporan perjalan keluar masuk wang persatuan itu. Lebih mengejutkan lagi "claim perjalanan" pegawai Kafa ke Bangkok dan Indonesia untuk mencari pemain dikatakan amat keterlaluan.

Kafa perlu mencari satu formula baru sekiranya benar-benar ingin memartabatkan bola sepak Kelantan, jangan biarkan "duit" menjadi duri dalam daging Kafa.

Comments