Perang di peringkat bahagian bermula

Oleh Budak Baru

Kancah politik Umno Kelantan semakin bergolak sejak persidangan diperingkat cawangan dan bahagian bermula, ini kerana segelintir pemimpin politik negeri ini mula ghairah memburu jawatan tertinggi diperingkat bahagian masing-masing.
Saat ini mula timbul perpecahan dikalangan ahli Umno, apabila mereka mula mengikut "rakit" masing-masing demi perjuangan dan ada juga untuk "kekenyangan" perut bodoh mereka. kerana saat ini adalah peluang terbaik bagi mereka mengumpul "duit" free.
Lobi melobi menjadi "permainan" dalam politik Umno, lebih dahsyat lagi pejabat Badan Perhubungan Umno negeri, sentiasa mendapat kunjungan ahli Umno dan tidak kurang juga yang berdemonterasi secara aman. Namun betulkah ahli Umno yang berdemonterasi itu betul-betul ikhlas berjuang ataupun sudah dibayar sedikit "duit kopi".
Inilah lumrah dalam politik Umno....dalam situasi ini, Umno bahagian Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kubang Kerian dilihat paling bermasalah serta memerlukan tonik bagi memulihkan bahagian itu.

Comments