Kubang Kerian Bermasalah

Semalam "Budak Baru" tidak sempat untuk menghabiskan artikel perang di peringkat bahagian bermula, sepanjang pemerhatian "Budak Baru", Umno bahagian Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Tanah Merah cukup bermasalah pada pemilihan kali ini.
Di Kubang Kerian, calon yang menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Mohd Syahbuddin Hashim, mengadakan bantahan secara aman di depan pejabat Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan, bagi meminta jawatan kuasa pemantau menyemak kembali 40 aduan pemuda bahagian itu.
Beliau yang mencabar penyandang jawatan itu, Anuar Sufian, mendakwa terdapat unsur penipuan cuba dilakukan bagi membolehkan Anuar terus memegang jawatan itu, apabila aduan pihaknya langsung tidak layan jawatan kuasa pemantau sebelum ini.
Sejauhmana rasional dakwaan itu...ahli Umno bahagian terbabit layak menilainya....
Itu cerita Pemuda Umno, lain pula cerita seorang pemimpin Umno yang ingin bertanding jawatan Ketua Umno bahagian. Apabila gagal mendapat pencalonan maka, maka timbul pelbagai persoalan dan dakwaan.
Datuk Mat Ghani, itulah nama popular pemimpin Umno bahagian Kubang Kerian yang gilakan jawatan Ketua Umno bahagian, dilihat menggunakan pelbagai strategi bagi membolehkan beliau bertanding jawatan itu.
Terbaru, beliau dikatakan akan membawa kira-kira tiga buah bas pengikutnya untuk menghadiri majlis hari raya bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Razak, di Pekan serta bakal menyerahkan memorandum bantahan.
Lebih malang lagi, pemimpin politik itu turut menggunakan khidmat media massa untuk membolehkan beliau layak bertanding jawatan itu...tetapi malangnya wartawan yang ada disekelilingnya adalah wartawan yang mahu "cari makan" bukan membantunya.
Sekali lagi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan dicabar supaya mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.....
Di Rantau Panjang, memorandum bantahan juga turut dihantar ke Umno pusat oleh penyokong setia bekas Ketua Umno bahagian itu, Datuk Mohd Zain. Bagi mendesak jawatankuasa disiplin menarik balik tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pemimpin itu.

Comments